Wednesday, 10 April 2013

ANTARA TEMPAT MENARIK DI KEDAH - Bahagian 3






Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425.


Bangunan yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya.



Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.


Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.

Pengunjung mengamati lukisan pemandangan yang terdapat di dalam muzium

Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras.

Waktu lawatan:
Buka setiap hari - 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali Jumaat tutup sementara - 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang)
Tutup:
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha
(hari raya pertama sahaja)

Bayaran masuk ke Muzium Padi:
Berkuatkuasa Mulai 1 Februari 2013
Dewasa     - RM 5.00 seorang
Kanak-kanak / Rombongan Sekolah (Beruniform)        - RM 2.00 seorang


Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali sebagai "Jelapang Padi Malaysia" dan turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.


Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat.


Muzium padi ini terletak di bawah kelolaan Perbadanan Muzium Negeri Kedah, dan dibangunkan sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong. Muzium ini terbahagi kepada 2 tingkat ruang pameran dan satu tingkat ke atas tempat lakaran pemandangan Bukit Keriang.[1]