Wednesday, 10 April 2013

ANTARA TEMPAT MENARIK DI KEDAH - Bahagian 2



Gunung Keriang berada kira-kira 8 km dari bandar Alor Setar. Gunung Keriang mempunyai ketinggian sebanyak 714 kaki. Terdapat pelbagai kemudahan seperti taman permainan, tasik buatan manusia dan juga tangga pendakian ke Gunung Keriang. Kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, tandas awam dan taman permainan ada disediakan di sini. Ia juga sesuai sekiranya kita datang untuk bersenam, berkhemah dan lain-lain.


Di pekarangan kaki gunung terdapat gerai-gerai yang menjual hasil mineral Gunung Keriang iaitu batu bunga. Batu-batu bunga ini sesuai untuk dijadikan perhiasan, cenderamata atau alat perhiasan diri seperti gelang tanggan. 


Terdapat beberapa jenis batu yang dijual disini seperti batu kristal (bunga), bunga batu dan batu air. 


Antara batu kristal yang dijual di kaki Gunung Keriang


Ada mitos menyatakan bahawa asal usul Gunung Keriang ini adalah sebuah kapal yang disumpah oleh sang gelembai menjadi batu, berpunca dari rasa tidak puas hatinya apabila hajat untuk mengahwini puteri yang berada didalam kapal tersebut tidak diterima.


Di bahagian dalam gua ini pernah mempunyai peralatan dapur seperti pinggan mangkuk. Ketika zaman dahulu kebanyakkan penduduk setempat sering meminjam pinggan untuk kegunaan semasa kenduri. 


Kehilangan dan kerosakan pinggan mangkuk yang tidak diganti oleh peminjam menyebabkan lenyaplah semua pinggan mangkuk tersebut. Sekarang hanya yang tinggal adalah sebuah mitos berkenaan keistimewaan Gunung Keriang.




Tidak jauh dari Gunung Keriang terdapat banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi seperti Muzium Padi, Pusat Renang Akuatik, Perkampungan Tradisional Masyarakat Petani dan Pusat Sains Negeri Kedah.


Pintu masuk Pusat Sains Negara


Pusat Akuatik Negeri Kedah berhampiran Gunung Keriang


Kampung Tradisional