Muzium Padi terletak
di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya
oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004,
bersamaan 27 Syaaban 1425.
Bangunan yang
berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan
sampingan di sekelilingnya.
Muzium yang berlatar
belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah
hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan
keemasan pada musim padi masak.
Tujuan utama muzium
ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan
bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan
serta perkembangan teknologi padi.
Pengunjung mengamati lukisan pemandangan yang terdapat di dalam muzium |
Keluasan keseluruhan
Muzium Padi ini ialah 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras.
Waktu lawatan:
Buka setiap hari -
9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali Jumaat
tutup sementara - 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang)
Tutup:
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha
(hari raya pertama
sahaja)
Bayaran masuk ke
Muzium Padi:
Berkuatkuasa Mulai 1
Februari 2013
Dewasa - RM 5.00 seorang
Kanak-kanak /
Rombongan Sekolah (Beruniform) - RM
2.00 seorang
Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung
Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman and
penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali sebagai "Jelapang Padi
Malaysia" dan turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.
Kegiatan kebudayaan
seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, serta
permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat.
Muzium padi ini
terletak di bawah kelolaan Perbadanan Muzium Negeri Kedah, dan dibangunkan
sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong. Muzium ini terbahagi kepada 2
tingkat ruang pameran dan satu tingkat ke atas tempat lakaran pemandangan Bukit
Keriang.[1]